Kerjaya politik Tan Kin Lian

Tan ialah bekas anggota parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) selama 30 tahun. Beliau meninggalkan parti itu pada 2008 disebabkan ketidakatifan beliau, dan tidak bersetuju dengan sistem nilai perti tersebut. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha cawangan parti tersebut di Marine Parade selama tiga tahun dan telah diambil oleh Goh Chok Tong pada 1977, untuk menguji skim rintis bagi menetapkan jawatankuasa blok, yang kini dikenali sebagai Jawatankuasa Penduduk (bahasa Inggeris: Residents' Committeescode: en is deprecated , atau RC)

Bagi sepuluh tahun pertama, Tan aktif di kawasan pilihan raya Marine Parade tetapi menjadi tidak aktif 20 tahun berikutnya, selepas berpindah ke Upper Thomson dan kemudiannya Yio Chu Kang.[2]

Pilihan raya presiden 2011

Tan bercakap dengan media selepas menghantar borang pilihan raya

Tan telah menyatakan minatnya untuk menjadi Presiden Singapura pada 2008.[2]

Simbol Tan ialah "tepuk ria". Beliau menerangkan "tangan yang diangkat membawa maksud kesanggupan untuk melakukan khidmat awam, sementara lima jari melambangkan nilai-nilainya iaitu kejujuran, kesaksamaan, sikap yang positif, keberanian dan khidmat awam."[3]

Beliau menduduki tangga terendah dalam kalangan empat calon, iaitu dengan 4.9% undian. Beliau gagal untuk mencapai sekurang-kurangnya 12.5% undi, yang menyebabkan beliau kerugian wang deposit S$48,000.

Pilihan raya presiden 2023

Tan secara rasmi mengumumkan pada 30 Julai 2023 bahawa beliau telah menghantar permohonan untuk mendapatkan sijil kelayakan bagi pilihan raya presiden 2023.[4]

Tan mengumumkan tawaran rasminya sebagai presiden pada 11 Ogos 2023.[5] Tan Jee Say, bekas calon presiden pada pilihan raya presiden 2011, menyebut dalam sidang media Tan Kin Lian pada 11 Ogos 2023 bahawa Tan Kin Lian (akan) "menjadi seorang presiden yang baik, berani, jujur dan rendah diri."[6]

Tan telah memperoleh sijil kelayakannya pada 18 Ogos 2023.[7]

Rujukan

WikiPedia: Tan Kin Lian https://www.channelnewsasia.com/singapore/tan-kin-... https://web.archive.org/web/20090316094937/http://... http://www.straitstimes.com/Breaking+News/Singapor... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... https://web.archive.org/web/20121023101740/http://... https://www.channelnewsasia.com/singapore/tan-kin-... https://www.straitstimes.com/singapore/tan-kin-lia... https://www.worldcat.org/issn/0585-3923 https://www.theonlinecitizen.com/2023/08/11/tan-je... https://www.channelnewsasia.com/singapore/eld-pres...